Majlis Perutusan Pengarah 2010
2010 telah membuka lembarannya dan membuat ramai rakyat Malaysia menanamkan azam baru untuk dilaksanakan pada tahun ini. Seperti tahun sebelumnya, Majlis Perutusan Pengarah diadakan bagi mewujudkan rasa kebersamaan dan semangat kekitaan dalam kalangan warga IPPT. Majlis yang penuh bermakna ini telah menghimpunkan seluruh warga IPPT yang terdiri daripada pelbagai kategori jawatan.
Majlis ini telah diadakan pada 11 Januari 2010 berlangsung di perkarangan Pusat Pentadbiran IPPT, Bandar Putra Bertam dan dihadiri seramai 400 orang staf.
Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa diikuti dengan lagu Negaraku, Menara Ilmu dan Jalur Gemilang. Para hadirin telah dipertontonkan dengan persembahan multimedia “Imbasan IPPT 2009” yang menghimpunkan aktiviti-aktiviti lalu di samping kejayaan dan anugerah yang telah dicapai pada tahun 2009. [+]
25 January 2010 - 9:00am